Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata peruntukan ini digunakan bagi melaksanakan pelbagai program sosial yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM162 juta tahun ini kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah serta agensi di bawahnya.
00:10Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinur berkata, peruntukan ini digunakan bagi melaksanakan pelbagai program sosial yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
00:19Jelasnya, kesejahteraan rakyat kekal jadi agenda utama pentadbiran negeri dan akan pastikan rakyat Sabah tidak tercicir daripada arus pembangunan sosial negara.
00:31Golongan OKU, warga emas, kanak-kanak dan ibu tunggal akan terus kita santuni.
00:40Oleh itu, sebanyak RM76.29 juta diperuntukkan tahun ini untuk membantu golongan itu melalui skim bantuan am untuk OKU, warga emas, kanak-kanak dan ibu tunggal serta skim bantuan anak yatim.
01:03Ini adalah sebagian daripada program dan inisiatif yang kita laksanakan pada tahun ini.
01:12Tambah Haji Ji, aspek kesejahteraan masyarakat turut diberikan perhatian khusus dengan peruntukan tambahan hampir RM1 juta.
01:19Selain itu, RM550,000 disalurkan kepada Persatuan Mencegah Dada Malaysia Pemadam Sabah dalam usaha membendung penyalahgunaan dada khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.
01:33Manakala sebanyak RM956,000 diperuntukkan pada tahun ini untuk melaksanakan agenda kesejahteraan rakyat,
01:47merangkumi aspek kekeluargaan, kepenggunaan, kesejahteraan wanita dan gaya hidup sehat.
01:55juga sebanyak RM550,000 diperuntukkan kepada Persatuan Mencegah Dada Malaysia atau Pemadam Sabah dalam usaha berterusan memerangi masalah penyalahgunaan dada khususnya di kalangan pelajar sekolah.
02:18Haji Ji berkata demikian ketika merasmikan program Kembara Kasih KPWKM 2025 dan perasmian Pusat Sokongan Sosial setempat PSSS Mobile Sabah di Astaka Padang Tuaran pada Jumaat.