Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Wong Soon Koh menggesa parti komponen GPS elak perpecahan menjelang PRN akan datang, sambil menegaskan pentingnya perpaduan dan komitmen terhadap pembangunan masyarakat Dayak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Parti-parti komponen dalam gabungan Parti Sarawak GPS digesa memperkukuh kerjasama menjelang pilihan raya negeri PRN yang akan datang.
00:09Naik Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif PDP, Datuk Seri Wong Sun Koh, menyatakan bahawa tindakan mana-mana pihak yang cuba menggerakkan akar umbi untuk menentang parti komponen lain hanya akan melemahkan gabungan.
00:23Beliau menjelaskan bahawa perpecahan dalam kalangan komponen GPS akan membuka ruang kepada pembangkang untuk meraih kelebihan dalam pilihan raya yang akan datang.
00:35Dalam ucapan sempena Majlis Malam Peragawai 2025 N53 Bawang Asan, beliau menyatakan bahawa sambutan gawai dayak bukan sekadar perayaan tahunan masyarakat.
00:46Menurutnya sambutan ini mencerminkan jati diri masyarakat dayak yang kaya dengan budaya, cekal menghadapi cabaran dan berbangga terhadap warisan mereka.
00:56Wong Teruk menyatakan bahawa masyarakat dayak memiliki potensi masa depan yang lebih baik jika berpandukan harapan dan semangat dalam diri.
01:04Sebagai wakil rakyat Bawang Asan, beliau menjelaskan bahawa PDP menjadikan gawai sebagai peringatan terhadap komitmen parti kepada masyarakat dayak.
01:13Komitmen itu termasuk melindungi hak masyarakat, memastikan pembangunan luar bandar yang seimbang serta memperkasakan rakyat melalui pendidikan dan ekonomi.

Recommended