Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Semua guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Pulau Pinang akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM200 bermula Julai depan, menjadikan mereka menerima RM1,500 sebulan berbanding RM1,300 sebelum ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Semua guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain Khafa Pulau Pinang akan menerima kenaikan allowance sebanyak RM200 bermula Julai depan, menjadikan mereka menerima RM1,500 sebulan berbanding RM1,300 sebelum ini.
00:14Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Dr. Muhammad Abdul Hamid berkata, bagi guru besar Khafa pulau pinang, dua berita gembira diumumkan iaitu kenaikan allowance dan para guru Khafa wanita yang dilantik pada atau selepas 1 Januari lepas
00:42serta telah diluluskan cuti bersalin layak menerima sumbangan sebanyak RM1,100 sebulan selama dua bulan.
00:50Selain itu, beliau berkata, bagi meningkatkan kecekapan para guru Khafa di negeri itu, sebanyak RM150,000 diperuntukkan untuk tujuan latihan guru Khafa.
00:59Muhammad yang juga yang dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang MAINPP berkata, kesemua inisiatif itu memberi implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan negeri sebanyak RM4.2 juta setahun
01:11dan menjadikan peruntukan keseruhan terkini untuk Khafa adalah RM8.5 juta setahun.
01:17Beliau berkata MAINPP juga telah memutuskan untuk semua premis Khafa di Pulau Pinang diseragamkan pengoperasian iaitu kembali kepada 5 hari seminggu
01:25bermula 1 Julai ini yang telah terhenti beberapa tahun lepas akibat wabak COVID-19.
01:31Dalam bidang pendidikan, katanya MAINPP meningkatkan peruntukan bagi agihan pendidikan kepada RM35 juta bagi 2024 dan 2025 termasuk memperkenalkan agihan derma siswa baharu kepada pelajar politeknik dan tingkatan 6.
01:46Bulan lepas juga katanya MAINPP memperuntukkan RM6.5 juta bagi mengagih 8,740 unit peranti tablet kepada 263 sekolah menengah dan sekolah kebangsaan.
01:57Jelasnya ini bagi memenuhi objektif digitalisasi pendidikan serta berharap tidak berlaku kesenjagaan di kalangan pelajar tersebut menjelang 2030.

Recommended