Arab Saudi perkenal aplikasi ‘pembantu pintar’ AI
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Halewal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah melancarkan satu platform khas yang pertama seumpamanya menggunakan teknologi kecedasan buatan AI dengan maklamat untuk menyediakan aplikasi pengembangan syariah yang terbesar, pelbagai dan teratur dalam pelbagai bahasa bagi manfaat para jemaah dan pelawat Masjid Nabawi.
00:21Masjid Nabawi memperkenalkan versi percubaan aplikasi pembantu pintar yang merupakan yang pertama dalam kategorinya dan menampilkan pelbagai ciri pintar yang memperkayakan pengalaman pengguna.
00:36Antara ciri utama ialah paparan waktu solat berserta jadual imam dan bilal, waktu kuliah ilmu serta halakah Al-Quran untuk para tetamu Allah.
00:45Presiden Halewal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Syekh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais merasmikan pelancaran versi percubaan aplikasi pembantu pintar di pejabat beliau pada Khamis.
00:57Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Syekh Dr. Abdul Bari Al-Tubaiti, imam dan khatib Masjid Nabawi merangkap penyelia program pengayaan pengalaman pelawat dan jabatan manuskrip,
01:09menjadikan pelancaran ini satu langkah penting ke arah transformasi digital pintar dalam perkhidmatan pengayaan dan pemerkasaan Masjid Nabawi.
01:19Dalam ucapannya, Syekh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais menegaskan bahawa pihaknya sedang menyatu padukan semua perkhidmatannya dalam teknologi canggih, pendigitalan dan kecerdasan buatan bagi memperkayakan pengalaman para jemaah dan pelawat.
01:34Beliau turut menyatakan bahawa inisiatif ini selaras dengan hala tujuh strategik presidensi dalam menyampaikan mesej kesederhanaan dua masjid suci ke seluruh dunia dalam pelbagai bahasa.
01:47Beliau turut menyifatkan inisiatif terbaru ini sebagai ikon AI keimanan yang dibangunkan khas berfungsi sebagai rujukan pintar dalam bidang keagamaan berdasarkan sistem data yang tersusun dan mematuhi pihawayan global.
02:02Kerjasama dengan Saddam bagi mempercepat transformasi digital aplikasi pembantu pintar ini dibangunkan dengan kerjasama syarikat Saddam yang diterajui oleh Naif Abdullah Al-Ubaidullah, pengasas bersama dan ketua pegawai operasi sebuah syarikat terkemuka dalam sektor penyelesaian AI.
02:22Projek yang turut merangkumi platform interaktif yang menawarkan pelbagai ciri pintar termasuk waktu solat, pemberitahuan nama imam dan bilal, jadual kuliah agama dan lokasi, maklumat para ilmuwan yang terlibat, halakah hafazan Al-Quran dan soal jawab untuk pengunjung.
02:40Aplikasi ini juga dilengkapi dengan ciri panduan interaktif yang membolehkan pengguna mengakses lokasi penikmatan dan kuliah menggunakan peta pintar dalam aplikasi.
02:51Terima kasih telah menonton!