Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Jepun mempertimbang untuk memperkenalkan kecerdasan buatan (AI) dalam ramalam cuaca.

Ini bagi meningkatkan ketepatan melalui penggunaan pembelajaran mendalam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Agensi Meteorologi Jepun sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan kecerdasan buatan AI dalam ramalan cuaca bagi meningkatkan ketepatan melalui penggunaan pembelajaran mendalam.
00:12Menurut media antarbangsa, persiapan sedang dijalankan dengan pasukan baharu ditubuhkan pada April untuk menarajui pembangunan infrastruktur dan teknologi.
00:21Ini bagi menggabungkan ramalan AI berasaskan data cuaca lampau dengan model ramalan berangka yang sedang digunakan.
00:33Sekiranya dilaksanakan, sistem AI itu akan menggunakan pembelajaran mendalam untuk menganalisis sejumlah besar data.
00:42Antara lain mengenalpasti corak cuaca bagi menjana ramalan suhu dan hujan pada masa depan serta ramalan lain.
00:49Agensi itu dijangka mengumumkan langkah tambahan bagi meningkatkan fungsi data menggunakan AI dan teknologi lain sekitar Jun.
00:59Pada masa ini, ia menggunakan model ramalan cuaca berangka yang menggunakan data pemerhatian dan superkomputer untuk simulasi keadaan atmosfera masa depan.
01:09Pakar berpengalaman kemudian menganalisis hasilnya dengan mengambil kira keadaan dunia sebenar untuk mengeluarkan laporan cuaca dan amaran bencana.
01:20Selain ramalan cuaca, agensi itu turut meneroka penggunaan pembelajaran mendalam untuk memproses data pemerhatian daripada satelit cuaca Himawari-10 yang dijadualkan beroperasi pada tahun fiskal 2029.
01:34Terima kasih.
01:35Terima kasih.
01:36Terima kasih.
01:37Terima kasih.

Recommended