Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan rancangan segera untuk menyambung semula penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza, di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.

Ketua bantuan PBB, Tom Fletcher, menegaskan bahawa pihaknya sudah bersedia dengan 160,000 palet bantuan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada Jumaat berkata pihaknya mempunyai rancangan untuk menyambung semula penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza.
00:10Ketua Bantuan Badan itu Tom Fletcher dalam satu kenyataan berkata sebanyak 160,000 palet bantuan sedia untuk dihantar masuk ke Gaza sekarang.
00:20Ujannya lagi pihaknya menuntut penghantaran bantuan yang cepat, selamat dan tanpa halangan kepada orang awam yang memerlukan.
00:27Sejak 2 Mac, Israel menutup laluan masuk ke Gaza untuk bekalan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan.
00:35Tindakan itu sekaligus memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang semakin teruk di wilayah itu.
00:42Kekejaman tentera Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 mengakibatkan 53,000 rakyat Palestine terkorban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
00:57Terima kasih telah menonton!

Recommended