Kadar pengangguran di Melaka bagi suku keempat pada tahun lepas menurun kepada 1.8 peratus berbanding 2.6 peratus pada 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kadar pengangguran di Melaka bagi suku keempat pada tahun lepas menurun kepada 1.8% berbanding 2.6% pada 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Abdul Rauf Yusof.
00:13Beliau berkata pencapaian itu membuktikan keberkesanan dasar kerajaan negeri dalam merancangkan peluang pekerjaan, terutamanya membabitkan golongan belia di Melaka.
00:22Katanya Melaka memiliki lebih 200 ribu belia dan ia bukan sekadar angka tetapi tenaga masa depan negeri dan negara serta aset paling berharga yang bakal mencurakkan wajah Melaka.
00:36Justru katanya pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan merangkumi keboleh pasaran kerja, kusahawanan, pendidikan, pembangunan sahsiah, sosial dan nilai keagamaan.
00:46Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis sambutan hari belia negara peringkat negeri Melaka 2025 pada Sabtu.
00:54Abdul Rauf berkata kerajaan negeri turut memberi penekanan kepada pemerkasaan anak muda berkemahiran tinggi melalui pengukuhan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET yang bukan sahaja untuk memenuhi kehendak industri, malah meletakkan Melaka sebagai pusat TVET negara.
01:10Beliau berkata semua usaha yang dilaksanakan itu bagi memastikan anak Melaka bukan sahaja mampu bersaing tetapi menjadi pilihan utama industri.
01:19Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri bertekad untuk memastikan penlibatan belia bukan hanya pada peringkat program tetapi terlibat aktif dari peringkat perancangan sehingga pelaksanaan dasar.
01:31Beliau berkata dalam memastikan suara belia terus didengari, kerajaan negeri melubuhkan ahli Dewan Undangan Negeri belia melibatkan 33 wakil daripada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri DON sebagai platform latihan kepimpinan dan perlibatan dasar di peringkat akaumbi.
01:46Kerajaan negeri juga memperkenalkan skim rumah belia Melaka RBM iaitu skim perumahan belia pertama di Malaysia yang menyediakan 1,754 unit rumah bagi membantu belia memiliki kediaman pertama.