Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang Jemaah Haji wanita dari Batu Pahat, Johor, disahkan meninggal dunia di Tanah Suci Mekah pada 16 Mei, akibat serangan jantung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, wanita berkenaan, Norizah Tambunan Nordin, 47, telah mengalami serangan jantung sewaktu berada di dalam Masjidil Haram.

Allahyarham kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Jiwar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang jemaah haji wanita dari Batu Pahat, Johor disahkan meninggal dunia di Tanah Suci, Mekah pada 16 Mei akibat serangan jantung.
00:09Menteri di Jepatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Muhammad Naim Mokhtar berkata, wanita itu, Nur Izzah Tambunan Nordin, 47 tahun, telah mengalami serangan jantung sewaktu berada di dalam Masjidil Haram.
00:22Al-Irahim kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Jiwar.
00:25Muhammad Naim berkata, Pusat Maklumat Operasi Tabung Haji telah memalumkan perkara itu kepada waris Awah Yarham di Batu Pahat dan akan menguruskan segala keperluan termasuk urusan pengembumian.
00:42Saya difahamkan, Al-Marhumah ini tidak sempat untuk menunaikan umrah wajib. Beliau berada di dalam Masjidil Haram.
00:55diserang jantung ketika berada di dalam Masjidil Haram, kemudian dibawa ke klinik berdekatan di hospital, kemudian ke hospital Jiwar ini dan telah menghumbuskan nafas terakhir di hospital tersebut.
01:12Jadi, saya bersama seluruh warga Tabung Haji dan kerajaan merekamkan takziah kepada keluarga Al-Marhumah Nurizah Tambunan binti Nudin.
01:26Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu ditemui di Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu.
01:36Terdahulu, pengerusi jawatan kuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Muhammad Farid Muhammad Khalid turut berkongsikan berita menyediakan itu dan berkata arwah adalah seorang jemaah dalam rombongan haji kerajaan Johor RKJ yang tiba pada 16 Mei.
01:50Dalam pada itu, Muhammad Naim berkata pengarah urusan kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Mustaqim Muhammad, telah menziarahi keluarga Nurizah Tambunan di Batu Pahat pada Sabtu untuk menyampaikan ucapan takziah di samping menyerahkan sumbangan awal sebanyak RM1,500.
02:07Beliau berkata Awai Yarham telah melanggan dua pelan pelindungan khairat Tabung Haji dan baki pampasan RM48,000 akan diserahkan kepada waris dalam masa terdekat.
02:20Terima kasih kerana menonton!

Recommended