Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Abdul Karim Rahman Hamzah dilantik sebagai Ketua Penerangan PBB bagi penggal 2025-2028 meskipun gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden sayap Bumiputera sebelum ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumi Putera Bersatu PBB bagi Penggal 2025 hingga 2028.
00:10Pelantikan tersebut diumumkan oleh Presiden PBB, Tan Seri Abang Johari Tun Openg, selepas mempengurusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB pada malam Sabtu.
00:20Abdul Karim menggantikan Datuk Idris Buang yang kini dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi PBB dalam merombakkan kepimpinan parti.
00:31Selepas mesyuarat, Abdul Karim menyatakan penghargaan kepada kepimpinan PBB atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.
00:38Beliau menjelaskan bahawa kerjasama akan dijalinkan bersama Setiusa Agong dan Presiden Parti dalam mengurus kenyataan rasmi.
00:46Menurutnya, setiap kenyataan yang dikeluarkan perlu mewakili pandangan rasmi parti dan bukannya pandangan peribadi.
00:54Sebelum ini, pada 16 Februari, Abdul Karim gagal mempertahankan jawatan naib Presiden Sayap Bumi Putera PBB dalam pemilihan parti.
01:02Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan pengurusi pemilihan, Datuk Awang Bimi Awang Ali Basah, beliau memperoleh 669 undi.
01:11Dengan keputusan itu, Abdul Karim menduduki tempat kelima daripada enam calon bertanding bagi jawatan tersebut.
01:18Hanya empat calon dengan undian tertinggi berjaya memenangi jawatan naib Presiden Sayap Bumi Putera dalam pemilihan tersebut.
01:23Peranan saya rasa apa yang telah dilakukan dahulu apabila saya menjawat jawatan dalam naib dan juga ketua perangan lebih kurang sama
01:43kerana naib pun ada kuasa untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan dan pada masa ini sebagai ketua publicity ataupun ketua penerangan
01:55saya rasa ia akan lebih juga menyuruh saya akan berhubung rapat dengan setiausaha agung dan juga Presiden parti
02:04agar apa-apa kenyataan yang dikeluarkan itu tidak berbentuk terlalu peribadi tapi lebih menjurus kepada
02:13apa yang dikandakan oleh parti sebagai ketua penerangan.
02:22Terima kasih kerana menonton!

Recommended