Tunggakan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini mencecah RM70 juta.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Tunggakan sewa projek Perumahan Rakyat PPR dan Perumahan Awam PA Kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL kini mencecah RM70 juta.
00:10Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Muhammad Syarif berkata tunggakan itu memberi kesan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan untuk masyarakat di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan berkenaan.
00:22Katanya pihak DBKL mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan tunggakan antaranya mengunci bekalan air, mengeluarkan notis, menganjurkan program advokasi kewangan dan mewujudkan pelan rundingan pembayaran untuk penyewa.
00:36Beliau berkata langkah ini penting supaya hasil kutipan sewa dapat dikembalikan kepada penduduk dalam bentuk perkhidmatan yang lebih baik.
00:44Maimunah menambah DBKL juga sedang mempertimbang untuk menjual unit-unit PPR dan PE kepada penyewa yang mempunyai kemampuan kewangan.
00:53Terima kasih telah menonton!