Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Agensi Angkasa Lepas India, Indian Space Research Organisation, ISRO, gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit pada ahad.
00:10Ia selepas berlaku masalah pada peringkat ketiga pelancaran roket.
00:17Ketua ISRO, V. Narayanan, berkata dua peringkat awal pelancaran berjalan seperti yang dijangka.
00:23Bagaimanapun, misi itu gagal susulan penurunan tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga.
00:30Pelancaran tersebut berlangsung di Pusat Angkasa Satish Dawan di Sri Harikota, Andhra Pradesh.
00:36Jelas Narayanan, ISRO akan menjalankan siasatan lanjut dan akan mengeluarkan maklumat terperinci selepas analisis selesai.

Recommended