Barisan Nasional terus membuka ruang kerjasama dengan parti yang sehaluan demi pembangunan negara, namun Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan agar tidak terlalu terbuka hingga pihak berkepentingan menyusup masuk dan merosakkan perpaduan yang dibina.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Barisan Nasional akan menjalinkan kerjasama dengan parti yang mempunyai matlamat sama dalam membangunkan negara dan menyatukan rakyat.
00:08Pengerusi BN, Datuk Sfi Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata,
00:13BN masih terbuka untuk berbuat demikian walaupun memutuskan akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17.
00:23Ujarnya gabungan itu tidak pernah tertutup namun beliau mengingatkan kepada ahli supaya tidak membuka seluas-luasnya pintu.
00:34Katanya ini kerana ada musang berbulu ayam masuk untuk merosakkan rumah parti itu.
00:39Tambahnya tren politik dunia kini menyaksikan pembentukan kerajaan melalui kerjasama dengan beberapa parti.
00:45Ahmad Zahid turut mengingatkan tidak perlu tamak kuasa dan perlu yakin berkongsi kuasa untuk penyatuan, perpaduan serta kesepakatan politik.
00:54Beliau juga meminta semua bahagian UMNO di Sabah saling membantu melaksanakan gerak kerja bagi memastikan kemenangan calon yang bertanding pada PRN-17 Sabah.
01:02Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program gerak 17 UMNO Dewan Undangan Negeri Kemabong, Tenom pada Ahad.