Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan berhubung kes seorang lelaki yang parah diserang dan ditetak oleh tiga suspek di hadapan sebuah restoran di Jalan Raja Uda.
Seorang lagi suspek kini dikesan polis bagi membantu siasatan.
Seorang lagi suspek kini dikesan polis bagi membantu siasatan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Polis menahan dua lelaki berhubung kes seorang individu parah selepas ditetak dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Raja Uda, Butterworth, Jumat lalu.
00:10Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintenden C. Tarmalingam berkata, dalam kejadian pada 7.20 malam itu, mangsa lelaki tempatan berusia 41 tahun bersama rakannya, yang juga lelaki, tiba di hadapan restoran untuk menjamu selera.
00:30Katanya, apabila mangsa membuka pintu keretanya untuk keluar dan masuk ke dalam restoran, dia tiba-tiba diserang seorang suspek yang memakai topeng dari arah belakang.
00:39Mangsa kemudian cuba melarikan diri sebelum dilanggar oleh kereta dinaiki suspek dan terjatuh.
00:45Suspek bersama dua lagi rakannya kemudian menyerang mangsa menggunakan parang.
00:50Tarmalingam berkata, mangsa cuba mendapatkan rawatan di klinik swasta sebelum dihantar ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut.
00:56Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an beberapa jam selepas kejadian.
01:04Seorang lagi lelaki sedang dikesan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 326 Kanun Kesiksaan.
01:10Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Irwan Shah, di talian tertera atau mana-mana balai polis berdekatan.
01:26Terima kasih telah menonton!