Gabungan eHailing Malaysia (GEM) hari ini mengeluarkan kenyataan lantang berkaitan Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 yang bakal dibentangkan di Parlimen, menyifatkan ia sebagai penentu antara keberanian politik atau pengkhianatan terhadap ratusan ribu pekerja gig di negara ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:01Gabungan e-Hailing Malaysia GEM hari ini mengeluarkan kenyataan lantang berkaitan dalam Undang-Undang Pekerja GIG 2025 yang bakal dibentangkan di Parlimen,
00:12menifatkan ia sebagai penentu antara keberanian politik atau pengkhianatan terhadap ratusan ribu pekerja GIG di negara ini.
00:19Ketua Aktivis GEM, Rozi Rizal dalam kenyataannya memberi teguran keras kepada syarikat-syarikat platform e-Hailing dan p-Hailing agar tidak terus mengambil kesempatan terhadap kesempitan hidup pekerja GIG yang menjadi tulang belakang sektor tersebut.
00:37Katanya pekerja GIG bukan alat pakai buang kerana mereka juga raya Malaysia yang punya tanggungjawab dan hak untuk hidup dengan bermaruah.
00:45Menurutnya, penetapan kadar upah yang tidak seimbang dan tidak telus merupakan satu bentuk eksploitasi modern yang perlu dihentikan segera.
00:54Beliau terus menggesa agar operasi syarikat platform dipantau dengan lebih telus oleh pihak berkuasa,
00:59khususnya dalam aspek penentuan kadar charge kepada pengguna dan upah kepada pekerja platform yang seringkali berubah-ubah dan berat sebelah.
01:08Dalam menada tegas, Jus Rizal terus memberi peringatan ke perkerajaan agar tidak terus terbuai dengan retorik ekonomi digital yang hanya indah di atas kertas.
01:18Jelasnya, sudah tiba masanya kerajaan menunjukkan keberanian politik yang sebenar dan tidak lagi bersembunyi di sebalik wacana kosong.
01:25Beliau juga menyeru kepada semua ahli Dewan Rakyat supaya mengetepikan fahaman politik kepartian dan menyokong penuh kelulusan RUU Pekerja Gig 2025 demi masa depan dan keadilan untuk komuniti pekerja gig.
01:39Dalam kaitaan sama, Jus turut mengingatkan komuniti pekerja gig agar tidak menjadi benteng kepada pihak yang menindas.
01:44Beliau menegaskan kaitanya bukan bertujuan untuk mencetuskan provokasi tetapi untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan RUU ini demi menjamin masa depan dan maruah pekerja dalam ekonomi negara.
01:57RUU Pekerja Gig 2025 yang dijangka dipentangkan dalam sidang parlimen akan datang dilihat sebagai titik perubahan penting dalam landscape pekerjaan tidak formal di Malaysia.
02:06RUU ini dijangka akan memperkenalkan pelindungan undang-undang khusus kepada pekerja gig termasuk aspek gaji minimum, keselamatan sosial dan hak pekerjaan yang lebih jelas.