Tiong ingatkan GPS kekal bersatu demi rakyat
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Bertemu semula, Wakil Rakyat Gabungan Parti Sarawak GPS diingatkan agar tidak melupakan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan rakyat.
00:09Presiden Parti Demokratik Progresif PDP, Datuk Seri Tiong King Singh juga menyeru untuk mengekalkan keharmonian dalam gabungan tersebut demi kestabilan dan masa depan rakyat Sarawak secara keseluruhan.
00:20Tiong merikaskan bahawa kedudukan sebagai wakil rakyat bukan simbol tarjat. Sebaliknya, ia merupakan mandat rakyat yang perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab terhadap semua golongan masyarakat.
00:36Beliau merikaskan bahawa kerusi yang disandang bukan untuk kebanggaan peribadi tetapi sebagai amanah untuk memperjuangkan hak rakyat.
00:44Tanggungjawab itu juga merangkumi semua kaum dan agama tanpa sebarang bentuk diskriminasi dalam penyampaian perkhidmatan atau pembelaan.
00:54Tiong yang juga Menteri Pelancongan Seni dan Budaya serta Adun Dudung berkata semangat setiakawan dalam GPS perlu dikekalkan.
01:01Beliau menambah bahawa kerjasama antara parti komponen perlu dipertingkat dari semasa ke semasa demi kestabilan politik Sarawak.
01:09Tiong menyokong saranan naik Presiden Kanan PDP, Datuk Suri Wong Sun Koh, agar anggota GPS mengelak perpecahan dalaman.
01:18Katanya tindakan yang boleh melemahkan sesama sendiri termasuk gerakan di akar umbi untuk menjatuhkan perlu dihentikan segera.
01:25Beliau menegaskan kepentingan saling menghormati dan mengelakkan sikap ego dalam kalangan pemimpin GPS demi keharmonian gabungan.