Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Sudah tiba masanya pengamal media di negara ini menerima sokongan moral termasuk sesi kaunseling apabila golongan itu dikatakan berdepan dengan cabaran besar dalam tugasan dilakukan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pengamal media di negara ini semakin berdepan dengan pelbagai cabaran besar yang memerlukan perhatian dan sokongan moral, majikan serta kerajaan.
00:09Untuk itu, ahli gerakan media merdeka Geram, yang juga bekas wartawan bernama Ali Imran berpandangan,
00:16kesihatan mental pekerja juga perlu diambil kira, sekaligus menyediakan sesi kaunseling.
00:25Di Malaysia, kita menghadapi pelbagai jenis kes.
00:28Kita ada bentuk ancaman, kita ada juga dalam bentuk tragedi, kita ada cabaran dari segi kaum dan sebagainya.
00:36Dan semua ini memberikan kesan kepada wartawan secara langsung ataupun tidak langsung.
00:41Terutamanya wartawan yang berada di lapangan.
00:44Dan bila kita lihat wartawan yang berada di lapangan ini menghadapi konflik secara berdepan,
00:48bukan semuanya mampu untuk just let go dan boleh lupakan segalanya.
00:54Jadi perlu, ini adalah satu benda yang perlu untuk wartawan dan dah sampai masa untuk rumah-rumah media, media houses,
01:01ambil ownership kepada dia punya pekerja, kepada wartawan-wartawan kita dan bagi bantuan moral, sokongan dan apa yang patut.
01:09Sebab ini jarang sangat berlaku dan ini dianggap sebagai satu benda yang kadang-kadang diperlekehkan.
01:14Bila wartawan balik, stres, murung dan sebagainya dianggap sebagai lembeh ataupun penakut.
01:19Bagi peguam dan juga penulis bebas, Liana Marzuki, ancaman yang diterima media ketika di lapangan bukan perkara yang harus dipandang remeh.
01:29Perlu, tetapi kita juga nak melihat intermediasi dan cyberbulley ini baru-baru ini dipindah akta kanun keselesaan,
01:39dipindah kanun keselesaan untuk mengambil tindakan kepada cyberbulley.
01:42Mereka-mereka yang menindas wartawan atau key opinion leader kalau tidak sesuai dengan narratif mereka.
01:49Kalau ada kes-kes yang dibawa berkenaan dengan cyberbulley, sebagaimana yang dipindah baru-baru ini,
01:54saya rasa akan merendahkan sikit suhu-suhu bulley cyber itu.
01:59Kedua-dua mereka ditemui di Forum Anjuran Gerakan Media Merdeka atau GERAM,
02:04Hari Kebebasan Media 2025 pada Sabtu.
02:07Dua sisi turut diadakan memfokuskan kepada kebebasan media, reformasi media, etika, keselamatan dan teknologi.
02:16Forum pertama bertajuk perbincangan rentas sempadan dengan membincangkan evolusi penyampaian berita melalui podcast.
02:23Manakala forum kedua menumpukan kepada kebebasan bilik berita khususnya kebebasan wartawan daripada halangan.

Recommended