Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Rafizi yakin kempen maya PKR serasi dengan suara akar umbi

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, seterusnya calon timbalan Presiden PKR Dato' Sri Rafizi Ramli yakin perdekatan kempen menerusi platform digital mampu menyampaikan mesej parti dengan lebih berkesan kepada akaumbi dan pewakilan meskipun tempoh berkempen kali ini hanya sekitar seminggu.
00:16Beliau berkata kekuatan PKR di media sosial sejak dahulu lagi menjadi kelebihan untuk mendekati bukan sahaja anggota parti di peringkat akaumbi malah rakyat yang menyokong perjuangan parti.
00:26Katanya setiap malam lebih 20,000 tontonan direkodkan untuk sesi kempen maya dan ini bukan musim pilihan raya hanya pilihan parti namun sambutan ini menunjukkan mesej sampai.
00:40Beliau berkata demikian kepada pemerintah selepas berucap pada program jelajah hidupkan idealisme reformasi dalam ujian kuasa Hirok, Zon Kelantan dan Terengganu di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN Kelantan, Tanjung Cat di Kota Baru pada Jumaat.
00:56Sementara itu mengulas kenyataan lembaga disiplin PKR yang menggesa semua calon dan penyokong menghentikan serangan pribadi, Rafizi berkata perkara itu perlu diambil secara positif oleh semua pihak bertanding.
01:09Beliau berkata sebarang dawaan pelanggaran disiplin perlu dikemukakan mengikut saluran yang tersedia dan disiasat secara adil oleh lembaga disiplin parti.
01:18Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
01:22Pemilihan PKR penyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan timbalan Presiden antara Nurul Izzah dan Datuk Seri Rafizi Ramli, manakala Presiden Parti Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tanpa percabar.
01:34Kongres Nasional PKR termasuk Kongres Angkatan Muda Kadilan dan Wanita di jadual berlangsung dari 22 hingga 24 Mei ini di Johor Baru dengan pemilihan pimpinan pusat diadakan pada 23 Mei.
01:48Terima kasih telah menonton!

Recommended