PKR perlu bergerak lebih aktif dan strategik sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), khususnya dalam usaha memperkukuh sokongan dalam kalangan pengundi luar bandar.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00PKR perlu bergerak lebih aktif dan strategik sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-16, PRU-16, khususnya dalam usaha memperkukuh sokongan dalam kalangan pengundi luar bandar.
00:12Naib Presidennya, Nurul Iza Anwar berkata, antara tumpuan utama parti itu bagi tempoh dua tahun akan datang ialah mengedakan semula rundingan dengan parti-parti komponen, Pakatan Harapan, berkaitan pembahagian kerusi bagi memastikan persiapan lebih mantap.
00:30PKR katanya perlu menyusun semula perbincangan dengan parti-parti komponen, malah kesakan parti itu juga perlu ditingkatkan kerana kebimbangan kehilangan momentum.
00:39Nurul Iza menegaskan, beliau tidak mahu PKR menjadi parti minoriti sambil memberi contoh undi Melayu kepada PKR pernah mencecah 55% pada 1999, namun kini hanya sekitar 30%.
00:52Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Temurapat Akar Umbi di Kuantan pada Jumaat.
00:58Menggula selanjut, Nurul Iza menegaskan, komitmen PKR untuk memperkukuh budaya kerja, berasaskan data, termasuk memperluas penggunaan kajian dan pendidikan sebagai asas kepada strategi parti.
01:11Menurut beliau, pendekatan itu pernah digunakan menerusi pelaksanaan laporan Indeks Kemiskinan Multidimensi Permatang PAUH 2021 yang dibangunkan bersama Prof. Dr. Pati Mahkari, bekas pengarah Pusat Pengajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya.
01:25Terima kasih.
01:27Terima kasih.