Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Rusia dan Ukraine telah mencapai satu persetujuan besar dalam rundingan langsung pertama mereka dalam tempoh lebih tiga tahun.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rusia dan Ukraine telah mencapai satu persetujuan besar dalam rundingan langsung pertama mereka dalam tempoh lebih tiga tahun.
00:08Rundingan itu menyaksikan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menukar seribu tawanan perang masing-masing dalam masa terdekat dan meneruskan rundingan damai pada fasa seterusnya.
00:21Ketua delegasi Rusia Vladimir Medinsky dalam satu kenyataan ringkas menyatakan bahawa Moskow berpuas hati dengan kemajuannya disapai.
00:30Pertukaran ini dijangka menjadi antara yang terbesar sejak Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine pada 2022 yang digelas sebagai operasi ketenteraan khas.
00:42Medinsky turut mendedahkan bahawa pihak Ukraine telah mengemukakan permintaan untuk pertemuan secara langsung antara pemimpin kedua-dua negara.
00:51Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sebelum ini mencabar Putin agar hadir ke Turki untuk mengadakan rundingan secara terus.
00:57Bagaimanapun Putin hanya menghantar delegasi perunding peringkat pertengahan walaupun beliau yang pada asalnya mencadangkan rundingan tersebut.
01:05Sementara itu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang sedang cuba memainkan peranan sebagai pendamai telah menyatakan keinginannya untuk melihat gejata senjata selama 30 hari bagi menamatkan konflik berdarah di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
01:18Ukraine yang kini berada dalam posisi defensif di medan perang bersetuju dengan cadangan gejata senjata tersebut.
01:26Namun Rusia menyatakan keperluan untuk memperincikan termah gejata senjata terlebih dahulu sebelum bersetuju.
01:33Medinsky berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyusun secara terperinci dan bertulis visi mereka mengenai gejata senjata masa depan.
01:40Dalam temubual bersama stesen televisyen negara selepas itu, Medinsky menekankan bahawa sejarah membuktikan rundingan damai tidak semestinya memerlukan gejata senjata terlebih dahulu.
01:51Kremlin pada Jumaat menyatakan bahawa pertemuan antara Presiden Putin dan Presiden Trump adalah penting untuk memajukan isu Ukraine dan beberapa perkara lain.
02:00Namun ia perlu dilancang rapi dan memberikan hasil konkret.

Recommended