Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Bertemu kembali kita teruskan dengan laporan global Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat DHS sedang menilai cadangan penyertaan dalam satu program reality television berkaitan ke warga negaraan.
00:13Cadangan tersebut melibatkan pendatang bersaing dalam pelbagai cabaran untuk merebut ke warga negaraan Amerika Syarikat melalui format pertandingan berasaskan reality TV.
00:22DHS mengesahkan bahawa cadangan itu masih belum diluluskan atau ditolak dan akan dinilai melalui proses penilaian menyeluruh.
00:33Penolong setiausaha lewal awam DHS, Trisha McLaughlin, menyatakan bahawa pihaknya bersedia meneliti cadangan luar kebiasaan demi memupuk semangat petrosisma.
00:43Beliau menekankan bahawa DHS terbuka kepada pendekatan baharu yang dapat menghidupkan kembali nilai tanggungjawab sivik dalam kalangan rakyat Amerika.
00:54Rancangan itu dicadangkan oleh Rob Wasoff, seorang warga Kanada Amerika yang mahu peserta membuktikan siapa paling Amerika antara mereka.
01:02Beliau menekankan bahawa rancangan ini bukan seperti The Hunger Games yang menampilkan pertandingan hidup dan mati dalam suasana fiksyen distopia.
01:11Warsaw juga menjelaskan bahawa peserta yang kalah tidak akan dihantar pulang secara paksa menolak tanggapan rancangan ini kejam atau memalukan.