Konvoi terdiri daripada 18 buah lori kargo dan dua buah bas telah berlepas dari China pada hari Rabu menuju ke Hanoi, Vietnam, menandakan satu pencapaian penting dalam keterhubungan perdagangan serantau.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Satu laluan pengangkutan baru antara China dan Vietnam dijangka merancangkan hubungan perdagangan serantau.
00:07Komboi yang terdiri daripada 18 lori kargo dan 2 bas telah berlepas dari China menuju ke Hanoi pada Rabu
00:14menandakan detik penting dalam usaha memperkukuh keterhubungan perdagangan antara kedua-dua negara.
00:21Ia merupakan kali pertama kenderaan kargo dari China dibenarkan memasuki kawasan perdalaman Vietnam
00:26di bawah perjanjian pemudahan pengangkutan rentas sepadan iaitu satu inisiatif di bawah program kerjasama subwilayah Mekong besar.
00:34Kenderaan tersebut yang membawa komponen elektronik, sayur-sayuran segar dan barangan am berlepas dari kuming di wilayah Yunan dan Naning di wilayah autonomi Guangxi Zhuang.
00:44Konvoi tersebut dijangka tiba di ibu negara Vietnam pada Khamis.
00:47Laluan ini merupakan satu penambahbaikan ketara dalam memudahkan pengangkutan jalan antarabangsa antara China dan Vietnam sekaligus meningkatkan kecakapan logistik.
00:56Berbanding laluan sebelum ini, koridor baharu ini menjimatkan kira-kira satu hari masa perjalanan bagi setiap lori dan mengurangkan kos hingga 1,000 yuan sekitar $138.9 AS.