Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen kini di fasa akhir persiapan aspek keselamatan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan berlangsung 26 dan 27 Mei.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Diraja Malaysia PDRM dan Jabatan Imigresen berada di fasa akhir persiapan aspek keselamatan menjelang sidang kemuncak ASEAN yang dijaduakan berlangsung hujung bulan ini.
00:11Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syafudin Nasution Ismail berkata, seramai 7,227 pegawai dan anggota polis akan bertugas untuk memastikan aspek keselamatan delegasi manakala lebih 2,000 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen dalam keadaan siap-siaga.
00:30Kita dah kenal pasti semua pintu masuk utama KLIA, bangunan bunga raya termasuklah lapangan terbang subang sebab ada beberapa tamu negara yang akan datang dengan pesawat khas yang akan mendarat di sana.
00:45Jadi dari sudut imigresen kami sedang di fasa akhir, dari sudut persiapan personel, dari sudut fokus tugasan.
00:55Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugrah Perikmatan Cemelang, Jabatan Imigresen Malaysia tahun 2024 di Putrajaya.
01:04Dalam pada itu, kawalan trafik akan dilaksanakan PDRM bagi memastikan pergerakan kenderaan rasmi dan delegasi asing terutama kehadiran pemimpin ASEAN, wakil GCC serta jangkaan kehadiran Perdana Menteri Cina, Lee Kiang.
01:17PDRM akan memulakan percubaan kawalan keselamatan bermula 20 Mei ini dengan mengambil kedudukan lebih awal menjelang sidang kemuncah ASEAN yang dijadual berlangsung pada 26 dan 27 Mei di Kuala Lumpur.
01:31Sidang kemuncah ASEAN ke-46 menghiburkan 10 pemimpin negara anggota blok bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.
01:42Terima kasih kerana menonton!

Recommended