Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Industri semikonduktor dan elektrik & elektronik negara kini berdepan cabaran besar apabila tarif baharu amerika syarikat dijangka memberi impak ketara terhadap daya saing Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Industri semikonduktor dan elektrik dan elektronik negara kini berdepan cabaran besar apabila tarif baru AS dijangka memberi impak ketara terhadap daya saing Malaysia.
00:12Menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia atau MCR, syarikat-syarikat dalam sektor ini tidak mampu menyerap kesan tarif tersebut maupun mengekalkan harga kepada pelanggan di Amerika.
00:25Dapatan ini berdasarkan kaji selidik suku pertama 2025 melibatkan lebih 300 ahli industri yang turut memberi amaran terhadap gangguan bekalan dan peningkatan kos.
00:37MSIA menyuarakan kebimbangan terhadap siasatan di bawah Seksyen 232 Akta Pengembangan Perdagangan AS yang menurut mereka telah merencatkan ekonomi global.
00:48Presiden MSIA, Datuk Sri Wong Siu Hai berkata gangguan akibat dasar perdagangan ini dijangka menjejaskan permintaan global, sekaligus memberi kesan kepada Malaysia dan negara dagang utama lain.
01:00Beliau turut menyeru agar kerajaan Malaysia terus berunding dengan AS, mengambil kira sumbangan besar negara dalam pertumbuhan industri semikonduktor global sejak lima dekad lalu.
01:10Dalam pada itu, MSIA juga memuji usaha proaktif kerajaan dan komitmen kementerian berkaitan dalam memastikan suara industri Malaysia didengari di peringkat antarabangsa.

Recommended