Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata keputusan dibuat selepas menerima beberapa permohonan dan maklum balas pemain industri dan persatuan berkaitan minyak enjin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasar Hidup KPDN bersetuju menangguhkan penguatkuasaan perintah mempamerkan label penandaan minyak injen kenderaan motor selama enam bulan berbanding tarikh penguatkuasaan asal pada 7 April lepas.
00:15Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Dato' Azman Adam berkata, keputusan dibuat selepas menerima beberapa permohonan dan maklum balas pemain industri dan persatuan berkaitan minyak injen.
00:26Katanya maklum balas diterima mendapati terdapat kekangan teknikal dalam mematuhi pelaksanaan perintah berkenaan.
00:36Ia terutama dalam aspek kesukaran menghabiskan bekalan minyak injen yang sudah diedar dan sedang berada di pasaran tempatan.
00:42Sehubungan itu, KPDN menggesa agar pihak industri mengambil tindakan sewajarnya dan memastikan minyak injen yang akan dijual di pasaran telah mempunyai label pematuhan yang diperakukan oleh Sirim pada 7 Oktober 2025 kelap.
00:56Sebelum ini, KPDN telah pun merangka satu perundangan khusus bagi melindungi dan mengawal selia jualan dan pengedaran minyak injen di bawah Perintah Perihal Dagangan, Perakuan dan Penandaan Minyak Injen Bagi Kenderaan Motor 2024.
01:09Di bawah perintah ini, mulai 7 April 2025, minyak enjin kenderaan motor yang dijual di pasaran tempatan diwajibkan mempamerkan label pematuhan diperakukan oleh Sirim.
01:19Azman berkata selepas tempoh penangguhan itu berakhir, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana syarikat pengimport, pengedar atau penjual yang menjual produk yang tidak diperaku dan tiada label pematuhan yang sah daripada Sirim.
01:32Mana-mana pertubuhan perbadanan yang disabitkan kesalahan di bawah perintah itu boleh didenda tidak melebihi RM200,000,
01:39manakala bagi individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau keduanya.