Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
PBB beri amaran arahan pemindahan terbaharu Israel menyebabkan zon selamat untuk rakyat Palestin di Gaza semakin mengecil, sekali gus memburukkan lagi krisis kemanusiaan di wilayah itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB memberi amaran arahan pemindahan terbaru Israel menyebabkan zon selamat untuk rakyat Palestine di Gaza semakin mengecil sekaligus memburukkan lagi krisis kemanusiaan di wilayah itu.
00:13Judul cakap PBB, Stefan Tujarik berkata, Israel mengeluarkan dua arahan pemindahan baharu pada Jumaat meliputi kawasan yang luas di utara dan selatan Gaza.
00:22Katanya beberapa kemudahan perubatan dan tapak simpanan bekalan penting terletak dalam zon pemindahan baharu yang ditetapkan itu.
00:31Merujuk Pejabat Penyelarasan Hal Awal Kemanusiaan OCHA, Tujarik memberi amaran mengenai kesan mengancam nyawa terhadap pesakit yang memerlukan rawatan segera akibat arahan pemindahan baharu itu.
00:42OCHA melaporkan lebih 2 per 3 wilayah Gaza kini berada di bawah arahan pemindahan aktif atau ditetapkan sebagai zon larangan masuk sekaligus menyebabkan rakyat Palestine hanya mempunyai kurang daripada 1 per 3 kawasan Gaza untuk didiami dan ruang yang tinggal pula berpecah-pecah.
00:59Tujarik turut melaporkan kini sudah 40 hari sejak Israel mengenakan sekatan penuh terhadap kemasukan bantuan ke Gaza.
01:06Pada Jumaat katanya 6 daripada 10 cobaan kemasukan bantuan disekat sepenuhnya dan sejak penutupan dikenakan oleh Israel dengan tiada sesiapa semasuk rakan kemanusiaan dibenarkan membawa masuk bekalan walaupun barangan penting.
01:20Beliau menarik perhatian bahawa kini segalanya berada pada tahap yang sangat kritikal di mana kilang roti ditutup, ubat-ubatan juga kehabisan dan pengeluaran air merosot dengan drastik.

Recommended