Sebanyak 17 laluan di Lembah Klang dan Putrajaya akan ditutup 30-45 minit bagi memberi laluan kepada delegasi rasmi Presiden China, Xi Jinping dari 15 hingga 17 April.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Selepas tujuh belas laluan utama di Lembah Kelang dan Putrajaya akan ditutup atau dilencongkan sementara dari 15 hingga 17 April 2025 sepeda lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.
00:20Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT memaklumkan penutupan jalan secara penuh dan lencongan akan dilaksanakan selama 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi rasmi negara tersebut.
00:34Antara laluan terlibat termasuk Lembah Raya Elite, MAX, SUKA, NPE, KSAS, Smart Tunnel serta beberapa jalan utama di Putrajaya seperti Pesiaran Selatan dan Lembah Gemilang selain kawasan strategik di pusat bandar Kuala Lumpur.
00:51Pada 15 April, penutupan jalan di jadual bermula seawal jam 6 petang melibatkan laluan dari Lembah KLIA hingga ke jalan P5 di Putrajaya bagi mengiringi ketibaan delegasi.
01:02Manakala pada 16 April, penutupan jalan akan berlaku pada tiga waktu berbeza iaitu jam 9.30 pagi, 12.30 tengah hari dan 4.10 petang bergantung kepada atur cara pergerakan delegasi Presiden China.
01:16Pada 17 April pula, penutupan laluan terakhir akan bermula pada jam 8.50 pagi melibatkan pergerakan dari Putrajaya ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA untuk acara pelepasan.
01:28Menurut pengarah JSPT, Datuk Seri Muhammad Yusri Hassan Basri, seramai 378 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengiringi delegasi, mengawal lalu lintas dan memastikan kelancaran keseluruhan sepanjang lawatan rasmi ulansung.
01:43JSPT juga menyeru semua pengguna jalan raya supaya memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi arahan semasa demi memastikan aspek keselamatan dan kelancaran pergerakan sepanjang lawatan kenegaraan tersebut dapat dikawal dengan baik.
01:58Terima kasih telah menonton!