Hamas siar video askar Israel-Amerika Edan Alexander yang ditahan di Gaza sejak Oktober 2023, ketika keluarga dan sekutu terus mendesak pembebasan tahanan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Hamas menyiarkan satu rakaman video yang didakwa memaparkan Idan Alexander, seorang tahanan Israel Amerika yang telah ditahan di Gaza sejak ditawan pada 7 Oktober 2023.
00:10Dalam video yang tidak dinyatakan tarikhnya itu, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Idan Alexander menyatakan beliau telah ditahan selama 551 hari dan mempersoalkan sebab masih belum dibebaskan sambil merayu untuk dilepaskan segera.
00:26Alexander merupakan suara askar dalam pasukan tentera Israel dan penampilan videonya dilihat sebagai usaha untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Israel menjelang perayaan Passover yang memperingati kebebasan masyarakat Yahudi.
00:39Keluarga Alexander mengesahkan kebujudan video tersebut dan menyatakan sambutan Passover tidak membawa makna kebebasan selagi Idan dan 58 tahanan lain di Gaza belum dibebaskan daripada tahanan.
00:50Sepanjang konflik, Hamas telah mengeluarkan beberapa video yang menunjukkan tahanan merayu untuk dibebaskan namun pihak berkuasa Israel menolak video-video ini sebagai propaganda yang bertujuan memberi tekanan politik dan psikologi kepada rakyat serta kerajaan.
01:04Sehingga kini perang telah memasuki bulan ke-18 dan pada 19 Januari, Hamas telah membebaskan 38 tahanan di bawah satu perjanjian gecatan sejata yang bersifat sementara.
01:15Bagaimanapun pada Mac, tentera Israel meneruskan semula serangan darat dan udara selepas Hamas menolak cadangan untuk melanjutkan gecatan sejata tanpa persetujuan untuk menamatkan perang secara keseluruhan.
01:26Terima kasih telah menonton!