Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Angin kencang menyebabkan kekacauan di Beijing dan beberapa bahagian utara China, mengakibatkan ratusan penerbangan dibatalkan dan perkhidmatan kereta api digantung.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Angin kencang menyebabkan kekacauan di Beijing dan beberapa bahagian utara China mengakibatkan ratusan penerbangan dibatalkan dan perkhidmatan kereta api digantung.
00:09Pentadbiran Meteorologi China CMA berkata, angin kencang itu berpunca daripada sistem pusaran sejuk yang terbentuk di Mongolia dan bergerak ke timur serta selatan.
00:19Ia melanda utara China bermula Jumaat hingga hujung minggu. Beijing sebelum ini mengeluarkan amaran jingga untuk angin kencang, kali pertama dalam tempoh sedekat bagi hujung minggu ini.
00:30CCTV melaporkan setakat Sabtu sebanyak 413 penerbangan di lapangan terbang-antrebangsa Beijing dibatalkan.
00:37Perkhidmatan kereta api termasuk laluan ekspres ke lapangan terbang dan beberapa laluan kereta api laju turut digantung.
00:44Desinasi tarikan pelancong seperti Summer Palace, Temple of Heaven, Zoo Beijing dan Taman Tema Universal Studios turut ditutup sementara.
00:52Hampir 300 pokok tumbang dan 19 kenderaan rosak akibat angin kencang di Beijing namun tiada kecederaan dilaporkan.
01:01China merupakan penyumbang terbesar gas rumah hijau di dunia di mana menurut saintis menjadi punca perubahan iklim serta peningkatan kekerapan cuaca ekstrim.
01:10Terima kasih kerana menonton!
01:15Terima kasih kerana menonton!

Recommended