Dua peluru berpandu Israel mengenai Hospital Al-Ahli di Gaza, musnahkan jabatan kecemasan dan paksa pemindahan pesakit tiada kematian dilaporkan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dua peluru berpandu Israel mengenai sebuah bangunan di dalam kawasan hospital utama Gaza pada Ahad.
00:06Ia mengakibatkan kemusnahan ke atas jabatan kecemasan serta kerusakan pada beberapa struktur lain menurut petugas perubatan.
00:15Pegawai kesihatan di Hospital Allah Li Arab Baptiste memindahkan pesakit dari bangunan tersebut
00:20selepas seorang individu mendakwa menerima panggilan daripada seseorang yang memperkenalkan diri sebagai anggota keselamatan Israel sejurus sebelum serangan berlaku.
00:30Menurut perkhidmatan kecemasan awam, tiada kematian dilaporkan setakat ini.
00:34Israel tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung serangan itu.
00:38Dalam satu kenyataan, pejabat media kerajaan yang dikendalikan Hamas mengecam serangan itu sebagai satu jenayah keji dan jijik.
00:45Hamas turut menuduh Israel secara senengaja memusnahkan serta melumpuhkan 34 hospital
00:51sebagai sebahagian daripada rancangan sistematik untuk menghancurkan baki sektor penjagaan kesihatan di semenanjung Gaza.
00:57Pada Oktober 2023, serangan ke atas Hospital Al-Hadi Arab Baptiste telah meragut atusan nyawa.
01:04Pegawai Palestine menuduh serangan udara Israel sebagai punca letupan.
01:08Namun Israel menyatakan letupan tersebut berpunca daripada pelancaran roket yang gagal
01:12oleh kumpulan pejuang jihad Islam Palestine yang menafikan tuduhan itu.
01:16Terima kasih.
01:17Terima kasih.
01:18Terima kasih.