Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kerajaan secara prinsip bersetuju menyediakan Hospital Medan Malaysia di Myanmar bagi meneruskan bantuan kemanusiaan susulan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu pada 28 Mac lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan secara prinsip bersetuju menyediakan Hospital Medan Malaysia di Myanmar bagi meneruskan bantuan kemanusiaan susulan gempa bumi dahsyat yang melada negara itu pada 28 Mac lepas.
00:11Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata perkara itu mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat kabinet minggu lepas.
00:18Dan kita akan menghantar, saya telah pun membawa perkara ini dalam kabinet minggu lepas untuk kita menghantar pasukan perubatan, pasukan otopedic surgeon kerana memerlukan ramai, ramai yang cedera.
00:35Dan yang berhormat kena menteri pun telah meluluskan secara dasar untuk kita menghantar kita punya Hospital Medan ataupun Phil Hospital kita.
00:45Mereka memerlukan itu. Kerajaan sementara Myanmar ini memerlukan banyak bantuan bahan-bahan perubatan, banyak memerlukan sistem untuk menapis air kerana sistem pipe mereka pecah semua. Air tak ada. Jadi susah.
01:05Muhammad berkata Hospital Medan tersebut dilengkapi dengan lebih 30 bahagian termasuk bilik bedah, X-ray dan kemudahan wad dengan lebih 30 katil.
01:13Beliau menjelaskan bantuan itu boleh digerakkan pada bila-bila masa, namun pihak talibat perlu memastikan jumlah pakar serta kelengkapan perubatan mencukupi sebelum dihantar.
01:23Dan lepas itu, Muhammad berkata Malaysia tidak teragak-agak untuk membawa keluar pasukan perubatan, peralatan serta bantuan yang diselaraskan bersama negara-negara ASEAN lain jika keselamatan mereka terancam semasa berada di Myanmar.
01:34Beliau berkata demikian kepada media di majlis rumah terbuka di Fitri Kementerian Luar dan Parlimen Rembau di Kampung Kanjong Rantau pada Sabtu.

Recommended