Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Sejumlah RM3.17 bilion yang dipercayai berkait rapat dengan skim penipuan pelaburan jenis Ponzi dikenali sebagai Pelaburan MBI dirampas polis.

Dalam Op Northern Star itu, polis turut menahan lapan individu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menahan lapan individu termasuk dua usahawan dan dua peguam bergelar datuk disyaki terlibat dalam skim pelaburan Ponzi MBI yang berpusat di negara jiran.
00:11Ketua Polis Negara Tan Sri Razaluddin Hussein dalam satu kenyataan berkata tangkapan dilakukan pada 20 Mac menerusi Up Northern Star hasil maklumat notis merah Interpol melibatkan individu berusia antara 44 hingga 62 tahun.
00:25Turut disita dalam berapa siri serbuan, aset dianggarkan bernilai RM3.17 termasuk 638 akaun bank dan saham lebih RM1.16.
00:39Antara lain dirampas 3.5 unit hartanah bernilai RM2.01, kenderaan dan jam mewah, wang tunai pelbagai mata wang, komputer riba dan dokumen penting.
00:50Semua aset dipercayai hasil aktiviti haram dan suspek diremen antara satu hingga tujuh hari.
00:57Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Kurungan 1 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembayaran Kekanasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
01:07Polis menasihati orang ramai agar berwaspada dan melaporkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penipuan pelaburan.
01:13Terima kasih telah menonton!