Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kertas siasatan berhubung video tular memaparkan satu kejadian ragut di hadapan sebuah pasar raya Setia Alam yang berlaku pada Khamis telah dibuka pihak polis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis membuka kertas siasatan berhubung satu video tula memaparkan kejadian ragut di hadapan sebuah pasaraya di Setia Alam pada Khamis.
00:08Ketua Polis Daerah Sya'alam, ISTP Muhammad Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata,
00:13pihaknya menerima laporan dibuat mangsa pada 28 minit petang, Khamis, yang mendakwa diragut selepas selesai membeli barang di sebuah pasaraya di Setia Alam.
00:22Berdasarkan laporan kejadian berlaku ketika mangsa dan isteri ditegur seorang lelaki menaiki sebuah motosikal,
00:32suspek memberitahu terlanggar bahagian hadapan kereta mangsa sehingga mengalami kerosakan.
00:36Mangsa kemudiannya terus membuat pemeriksaan pada kereta.
00:40Semasa pemeriksaan dijalankan, tiba-tiba lelaki tersebut bertindak menarik rantai leher mangsa dari arah belakang dan terus melarikan diri.
00:47Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerugian dianggarkan RM11,000.
00:51Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Kesiksaan.
00:56Saksi diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Nakyuddin Nawawi di talian tertera bagi membantu siasatan.