Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Trump akan hubungi Putin, Zelenskiy pada Isnin
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump umum bahawa beliau akan menghubungi Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Vladimir Zelensky pada Isnin.
00:10Ini bagi membincangkan usaha menghentikan perang antara keduduk negara tersebut.
00:17Trump berkata demikian menerusi hantaran di platform True Social, memaklumkan perbualan dengan Putin dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi waktu tempatan, iaitu 10 malam waktu Malaysia.
00:28Katanya perbincangan ini akan menyentuh mengenai usaha menghentikan pertempuran darah yang menyebabkan purata lebih 5,000 anggota tentera Rusia dan Ukraine terkorban setiap minggu serta isu perdagangan.
00:41Trump turut menyatakan beliau akan berbincang dengan Zelensky dan beberapa pemimpin NATO selepas itu sambil menyuarakan harapan agar satu kecetan sejata dapat dicapai dan perang ditamatkan.
00:52Kenyataan itu hadir susulan rundingan damai antara Rusia dan Ukraine yang berlangsung di Turki pada Jumaat.
00:59Ia pertemuan bersemuka pertama antara kedua-dua pihak sejak Mac 2022, tidak lama selepas Rusia melancarkan serangan berskala penuh ke atas Ukraine.
01:08Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov mengesahkan kepada agensi berita Rusia bahawa persediaan sedang dijalankan bagi perbualan antara Trump dan Putin.
01:17Ukraine dan negara-negara barat termasuk Amerika Syarikat menuntut agar Rusia bersetuju dengan gejala sejata serta merta tanpa syarat sekurang-kurangnya selama 30 hari.

Recommended