Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kemboja dan Laos memperkukuh kerjasama keselamatan sempadan dalam usaha memerangi jenayah rentas negara, termasuk pemerdagangan manusia dan penyeludupan dadah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kemboja dan Lau memperkukuh kerjasama keselamatan sempadan dalam usaha memerangi jenayah rentas negara termasuk permerdagangan manusia dan penyeludupan dadah.
00:10Komitmen itu dimeteraikan dalam pertemuan rasmi antara timbalan Perdana Menteri Kemboja, Sar Soka bersama Menteri Keselamatan Awam Lau, Kolonel General Ville Lacanfo.
00:20Kedua-dua pemimpin menekankan kepentingan kerjasama agensi penguatkuasaan undang-undang bagi menjaga keselamatan, keamanan dan ketenteraan awam di kawasan sempadan.
00:32Antara tumpuan utama perbincangan bagi meningkatkan operasi bersama, memperluaskan perkongsian maklumat risikan serta memperkukuhkan pembangunan kapasiti sumber manusia dalam bidang keselamatan.
00:43Dalam pada itu, pelbagai inisiatif penguatkuasaan turut dilaksanakan seperti rondaan bersama dijalankan oleh kedua-dua negara tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
00:53Kerjasama dua hala ini sejajar dengan kerangka ASEAN yang menggalakkan tindakan kolektif dalam menangani cabaran keselamatan serantau.
01:01Kemboja dan Laos berkongsi sempadan sepanjang lebih 500km, menjadikan kerjasama rentas sempadan sebagai keutamaan dalam menangani jenayah seperti penyeludupan, pemberdagangan manusia dan pengedaran dadah.
01:13Langkah ini menunjukkan komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang berasaskan kepentingan bersama dalam memastikan keselamatan rakyat serta kestabilan rantau.
01:23Terima kasih.
01:24Terima kasih.

Recommended