Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Mesyuarat Menteri Luar BRICS di Rio de Janeiro, Brazil, dari 28 hingga 29 April, untuk membincangkan isu global dan memperkukuh kerjasama serantau.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan akan mengadakan lawatan kerja ke Rio de Janeiro, Brazil dari 28 hingga 29 April bagi menghadiri mesyuarat Menteri Luar BRICS.
00:10Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, mesyuarat itu merupakan perhimpunan pertama Menteri Luar Negara anggota dan negara rakan BRICS bagi tahun ini.
00:19Ia juga berfungsi sebagai antara acara utama sebelum sidang kemuncak pemimpin BRICS yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Julai di bawah Kepengerusian Brazil.
00:30Di bawah kepimpinan Brazil, BRICS memberi tumpuan kepada 6 bidang keutamaan iaitu keseliatan global, perdagangan, pelaburan dan keuangan, perubahan iklim, kecerdasan buatan, pembaharuan sistem pelbagai hala keamanan dan keselamatan dan pembangunan institusi BRICS.
00:47Bidang keutamaan ini sejajar dengan kepentingan nasional dan kognima Malaysia terhadap pembangunan yang inklusif dan mampan.
00:53Secara khususnya, penekanan terhadap perdagangan dan pelaburan adalah amat bertepatan pada masanya memandangkan ketidaktentuan dalam landscape ekonomi global yang semakin meningkat, susulan pengenaan tarif secara unilateral oleh Amerika Syedikat.
01:08Semasa mesyuarat berkenaan, Mohd dijadual menyampaikan pernyataan negara Malaysia pada sesi khas bertemakan peranan selatan global dalam memperkukuh multilateralism.
01:18Pernyataan itu mencerminkan komitmen teguh Malaysia untuk memperkukuh multilateralism serta memperjuangkan suara dan kepentingan negara membangun selaras dengan objektif utama BRICS 2025.
01:29Malaysia juga dijangka berkongsi pandangan strategiknya mengenai cabaran global utama.