Kim Jong Un pantau latihan khas ketenteraan Korea Utara dan tegaskan penyempurnaan persiapan perang adalah keutamaan. Beliau beri amaran akan guna kekuatan jika AS terus provokasi terhadap Rusia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un menyelia latihan tembakan dan taktik-taktik ketenteraan melibatkan pasukan khas tentera negara itu pada selasa, menurut laporan media rasmi KCNA yang disiarkan pada Rabu.
00:14Beberapa gambar yang dikeluarkan agensi berita itu menunjukkan Kim sedang memerhati sesi latihan kenaan serta berbincang bersama pegawai dan anggota tentera.
00:23Dalam kenyataannya, Kim menegaskan bahawa keutamaan utama negara itu kini adalah untuk melengkapkan persiapan menghadapi peperangan.
00:33Amaran tersebut hadir tidak lama selepas lawatan Kim ke kedutaan Rusia di Pyongyang minggu lalu, di mana beliau menyatakan Korea Utara tidak akan teragak-agak menggunakan kekuatan ketenteraan sekiranya AS meneruskan apa yang disifatkannya sebagai provokasi ketenteraan terhadap Rusia.
00:49Hubungan rapat Korea Utara dengan Rusia semakin menonjol sejak konflik di Ukraine tercetus dengan kedua-dua negara menzahirkan sokongan strategik dan retorik bersama terhadap Barat, khususnya AS.
01:01Latihan ketenteraan tersebut dilihat sebagai mesej langsung kepada Washington dan sekutunya di rantau Indo-Pasifik, terutamanya menjelang latihan bersama antara tentera Amerika dan Korea Selatan yang dijadualkan tidak lama lagi.