Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Pihak berkuasa kesihatan Singapura kini memantau peningkatan jangkitan COVID-19 di republik itu susulan lonjakan melebihi 3,000 kes dalam minggu terkini.
#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak berkuasa kesihatan Singapura kini memantau peningkatan jangkitan COVID-19 di Republik itu
00:05susulan lonjakan melebihi 3,000 kes dalam minggu terkini.
00:10Kementerian Kesihatan dan Agensi Penyakit Berjangkit CDA dalam satu kenyataan bersama pada Selasa berkata
00:17jumlah kes COVID-19 yang dianggarkan bagi Minggu 27 April hingga 3 Mei
00:22meningkat kepada 14,200 kes berbanding 11,100 kes pada minggu sebelumnya.
00:30Bagi tempoh sama, purata harian kemasukan ke hospital akibat COVID-19 meningkat daripada 102 kepada 133.
00:38Bagaimanapun, purata kes di unit rawatan rapi ICU menurun daripada 3 kepada 2 kes
00:43dan hospital ketika ini mampu menguruskan peningkatan kes berkenaan.
00:48MOH dan CDA berkata peningkatan kes berkemungkinan disebabkan beberapa faktor
00:52termasuk penurunan imuniti dalam kalangan penduduk.
00:55Ketika ini, varian LF.7 dan NB.1.8 masing-masing daripada varian JM.1 merupakan varian utama yang menular di Singapura
01:05merangkumi lebih 2 per 3 daripada kes tempatan yang dianalisis secara berturut-turut.
01:11Bagaimanapun, MOH dan CDA berkata tiada bukti menunjukkan varian yang sedang menular itu
01:16lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit lebih teruk berbanding varian sebelumnya.
01:20Seperti penyakit penafasan endemik lain, gelombang COVID-19 secara berkala dijangka berlaku sepanjang tahun
01:27dan menegaskan vaksinasi kekal berkesan dalam mencegah penyakit serius.
01:32Individu berisiko tinggi mengalami gejala teruk akibat COVID-19, termasuk individu berusia 60 tahun ke atas,
01:38pesakit yang mempunyai kerentanan kesihatan serta penghuni kemudahan jagaan warga emas
01:43digalakkan mendapatkan vaksinasi terkini.

Recommended