Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan kehilangan wira negara itu bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan setugas, malah turut menyentuh hati seluruh rakyat serta anggota pasukan keselamatan yang sentiasa berdedikasi menjalankan tugas.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilashah dan Tengku Ampuan Pahang Tungku Aziza Aminah Maimuna Iskandariah
00:08menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga sembilan anggota pasukan simpanan persekutuan FRU
00:14yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan, Perak semalam.
00:18Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan kehilangan wira negara itu
00:23bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan setugas, malah turut menyentuh hati seluruh rakyat
00:30serta anggota pasukan keselamatan yang sentiasa berdedikasi menjalankan tugas.
00:36Baginda berdua amat dukacita atas pemergian kesemua wira negara yang telah menabur bakti
00:41serta menunjukkan komitmen tinggi telah menjalankan tugas sebagai anggota keselamatan
00:46menurut hantaran tersebut.
00:48Al-Sultan Abdullah dan Tengku Azizah turut mendoakan agar roh kesemua mereka
00:52dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramah soleh.
00:58Titah baginda berdua, semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan,
01:03kekuatan serta lindungan ilahi dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.