Bekas Ketua Menteri II mengaku tidak bersalah pecah amanah lebih RM 800,000 ketika menjadi Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang sekitar tahun 2019 hingga 2023.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Bekas Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasami dihadapkan ke Mahkamah Session Khas Rasuah Batuworth pada Rabu atas 17 pertuduhan.
00:12Salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah hampir RM860,000. Ramasami 76 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
00:26Berdasarkan pertuduhan pertama hingga 13, beliau yang ketiga itu sebagai pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang LWHNPP didakwa telah melakukan pecah amanah jenayah dengan menyalahguna harta tanpa mendapat kelulusan mesyuarat LWHNPP.
00:43Ia membabitkan pembayaran bagi membeli pendati emas berjumlah RM779,131.29 yang dibuat menerusi 13 cek dan pindahan telegraf.
00:54Bagi pertuduhan ke-14 dan ke-15, beliau didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan bayaran perbelanjaan perubatan menerusi dua cek sebanyak RM50,000 dan RM15,000.
01:04Untuk dua lagi pertuduhan, Ramasami didakwa melakukan kesalahan sama namun membabitkan pembayaran bagi bantuan keuangan pendidikan menerusi dua cek sebanyak RM10,000 dan RM5,000.
01:14Kesalahan-kesalahan itu didakwa dilakukan di dua buah bank di Komta dan Perangin Mall Georgetown antara 2 Mei 2019 hingga 18 April 2023.
01:23Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kandung Kesiksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara 2 hingga 20 tahun, sebetan dan denda.
01:31Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Melayu CSPRM, Nur Azrazul Kifri dan Nur Najiatul Idayu Muhammad Azuya.
01:39Tertuduh diwakili Barisan Peguam, Samsi Singtin, Eng Yuhpe dan Arncara Cakrasi Karan.
01:47Ramasami kemudian dibenarkan diikat jamin berjumlah RM78,000 berserta syarat tambahan.
01:52Perlu menyerahkan paspor kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.
01:56Kes akan disebut semula pada 16 Julai depan.
01:59Terima kasih kerana menonton!