Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) kini lebih fleksibel dan telus dengan tiga peringkat baharu – Platinum, Emas dan Perak – bagi menarik individu berpendapatan tinggi, pesara dan nomad digital ke Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia atau MOTEC terus mempertingkatkan program Malaysia Rumah Kedua Ku atau MM2H bagi meningkatkan ketelusan, mempermudah proses dan meningkatkan fleksibiliti dasar sebagai respons kepada perubahan landscape global.
00:16Menterinya Datuk Seri Tiong King Singh berkata, program MM2H yang dipertingkatkan itu sedang membentuk satu daripada platform pemastautin jangka panjang terkemuka dunia dengan menawarkan peringkat platinum, emas dan perak bagi memenuhi pelbagai keperluan golongan termasuk individu berpendapatan tinggi, keluarga, pesara dan nomad digital.
00:36Jelasnya, ia bukan sekadar visa tetapi satu cadangan gaya hidup komprehensif merangkumi taraf hidup premium, penjagaan kesihatan yang diiktirafan terbangsa, pendidikan berkualiti, keselamatan dan kesaling hubungan Asia lancar.
00:50Terdahulu, semasa lawatan kerjanya di Singapura, Tiong melancarkan acara promosi Maybank Premier MM2H, Your Gateway to Malaysia yang diadakan dengan kerjasama Maybank Singapura.
01:01Pada majlis itu, beliau menggalakkan rakyat Singapura bukan sahaja untuk melawat Malaysia tetapi turut mempertimbangkannya sebagai pangkalan strategik mereka yang seterusnya.
01:09Beliau menekankan bahawa Malaysia menawarkan pelbagai kelebihan termasuk kos sehari hidup yang berpatutan, infrastruktur premium dan akses ke pasaran serantau yang lebih luas tanpa menjejaskan kualiti.
01:19Motak berkata kerjasama dengan Maybank Singapura menyediakan peserta dengan akses kepada perkhidmatan nasihat kewangan yang dipercayai dan sokongan proses pendaftaran yang lancar memudahkan pelanggan Singapura meneroka pilihan MM2H dengan yakin dan selesa.
01:34Pada 2024, Malaysia menerima 18.85 juta pelawat dari Singapura, meningkat 27.2% berbanding 2023 dan melepasi angka pra-pandemik 2019 sebanyak 10.7%.
01:47Pelawat Singapura juga menyumbang RM27.94 bilion dalam hasil pelancongan pada 2024, meningkat 29.5% berbanding tahun sebelumnya.

Recommended