Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
PM Anwar Ibrahim bertemu pemimpin Tatarstan di Kazan untuk bincang kerjasama dalam perbankan Islam, industri halal dan perdagangan dua hala, sambil memperkukuh hubungan Malaysia-Rusia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik Perdana Menteri, Datuk Syarana Ibrahim berkata, Republik Tatarstan mempunyai potensi besar untuk diterokai dan Malaysia bersedia untuk berbincang mengenai isu perdagangan dan ekonomi seperti pengenalan perbankan Islam dan pembangunan industri halal di Kazan.
00:16Menurut Anwang, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.
00:21Sehingga 2022, populasi Tatarstan berjumlah 3.9 juta orang terdiri daripada lebih 70 kumpulan etnik dengan lebih 50% daripada penduduknya beragama Islam.
00:33Anwar percaya Tatarstan mempunyai potensi yang besar dan banyak cerangan yang telah dikemukakan. Jelasnya kerajaan bersedia untuk bekerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak.
00:43Anwar berkata demikian semasa bertemu Rais Ketua Tatarstan, Rustam Minikanov.
00:48Pertemuan itu diadakan di Kazan, Kremlin dan dihadiri oleh Perdana Menteri Tatarstan, Alexei Pesoshin, Timbalan Menteri Tenaga Persekutuan, Wakil Kementerian dan Jabatan Republik serta ketua-ketua syarikat utama dalam industri pembinaan mesin.
01:01Sementara itu dalam satu kenyataan media, Rustam berkata lawatan Anwar ke Kazan memberi impak yang besar.
01:07Rustam turut berterima kasih kepada Anwar atas sokongan yang diberikan oleh Malaysia dan menegaskan bahawa Tatarstan amat mementingkan pembangunan kerjasama dengan Malaysia dalam rangka hubungan Mesra-Rusia-Malaysia.
01:18Katanya terdapat peningkatan dalam jumlah dagangan dua hala dan hubungan berkembang dalam sektor pertanian, minyak dan gas serta petrokimia, teknologi maklumat dan beberapa bidang lain.
01:28Terdahulu, beliau menghadiahkan Perdana Menteri sebuah koleksi puisi dalam bahasa Inggeris oleh penyaih klasik kesusastraan Tata Gabdula Tukai.
01:36Lautan rasmi Anwar ke Rusia bermula di Moskow pada 13 Mei dan akan berakhir hari ini.
01:40Republik Tatarstan terletak di bahagian timur benua Eropah di pertemuan Sungai Volga dan Kama dengan jarak sejauh 797 km dari Moskow.

Recommended