Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dijadual membuat kemunculan semula di gelanggang Terbuka Jepun 2025 di Tokyo pada 15 hingga 20 Julai ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sedikit laporan sukan, pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zijia dijadwal membuat kemunculan semula di gelanggang terbuka Jepun 2025 di Tokyo pada 15 hingga 20 Julai ini.
00:12Zijia berkata beliau mahu memastikan dirinya tidak terburu-buru untuk kembali beraksi susulan kecederaan ligaman buku lalinya sebelum ini.
00:20Memetik bernama, Zijia menyifatkan agak terlalu cepat untuk beraksi semula di Terbuka Amerika Syarikat 2025 di Iowa pada 24 hingga 29 Jun.
00:31Beliau berkata demikian pada Matlis Anugerah Sukan Negara ASN 2024 di Petaling Jaya pada Selasa.
00:39Dalam pada itu, Zijia yang merupakan antara calon olahragawan kebangsaan pada ASN 2024 berharap dapat merasai nikmat memenangi gelaran tertinggi tersebut satu hari nanti.
00:48Kali terakhir, Zijia beraksi pada seluruh England 2025 di Birmingham dari 11 hingga 16 Mac lepas yang menyaksikan beliau tersingkir di pusingan pertama kepada wakil Hong Kong Angus Ng Kalong.
01:02Pemain ranking ke-8 dunia itu kemudian menarik diri daripada menyertai Terbuka Swiss 2025 berlangsung di Basel, Switzerland pada 18 hingga 23 Mac lepas susulan kecederaan buku lali tersebut.
01:15Sabtu lepas, Tengku Zafrul dipilih secara sebulat suara menduduki kerusi no.1 BAM selepas tidak dicabar mana-mana pesaing pada sesi pemilihan yang dijalankan bersempena mesyuarat agung tahunan ke-80 Badan Induk Bad Bintang Negara itu.
01:29Terima kasih telah menonton!
01:31Terima kasih telah menonton!

Recommended