Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan jam 10.25 malam pada Selasa. Jenazah pertama dibawa keluar setelah proses bedah siasat selesai ialah Konstabel Akmal Wafi Annuar, diikuti Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jenazah Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan FRU yang terkorban dalam nahas di Jalan Cikus Sungai Lampam dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan jam 10.25 malam pada Selasa.
00:19Jenazah pertama dibawa keluar setelah proses bedah siasat selesai ialah Konstabel Akmal Wafi Anwar diikuti Koperal Muhammad Hilmi Muhammad Azlan.
00:28Bagi mengikuti perkembangan terkini kita terus saja bersama rakan setugas Khalis Kadir yang masih berada di Surau Ar-Rahman Ibu Pejabat Polis daerah IPD Hilir Perak.
00:39Jadi Khalis mungkin boleh terus kongsikan perkembangan terkini di sana.
00:46Terima kasih Syaf Syukri di Bukit Jailil.
00:49Dari sejak awal petang tadi kami memberikan laporan di kawasan lokasi kejadian kemudian ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan dan pada malam ini bersama-sama untuk mengikuti perjalanan terakhir untuk disolatkan jenazah.
01:09Ini adalah suasana di Pekarangan Surau Ar-Rahman IPD Hilir Perak di mana enam jenazah baru saja dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan dan kini menunggu untuk solat jenazah.
01:24Tetapi kita masih menunggu satu lagi jenazah yang sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Teluk Intan di mana orang ramai ketika ini hadir memenuhi surau ini sebagai penghormatan terakhir dan selepas kesemua jenazah tiba, solat jenazah akan dilaksanakan.
01:45Di mana solat jenazah ini akan diimamkan oleh Ahmad Kamil Ibrahim dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontingen IPK Perak.
01:58Di mana ketibaan jenazah sebentar tadi diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayub Han Maiden Pici dan juga Ketua Polis Perak, Datuk Nur Hisam Nordin.
02:11Di mana proses pedasiasat sebelum ini, sepertinya Syaf katakan, benar telah pun bermula sejak jam 2.30 petang dan patutnya dijangka siap pada awalnya kira-kira jam 8 malam, paling awal dan paling lewat sekitar jam 9 malam.
02:27Namun mengalami sedikit kelewatan kerana prosesnya memakan masa seperti dalam sidang media oleh Datuk Seri Ayub Han Maiden Pici pada sebelah petang tadi memaklumkan proses untuk pedasiasat satu jasad memakan masa hampir 3 jam.
02:42Itu pun telah dibawa 3 doktor dari Hospital Raja Pemansurin Bainun Ipoh untuk menyegerakan proses pedasiasat ini.
02:51Jadi selepas ini, kesemua jenazah akan dibawa ke Markas Unit 5 FRU di Sungai Senam Ipoh untuk penghormatan terakhir.
03:01Pada malam ini juga, kira-kira selepas semuanya selesai, mungkin satu pagi nanti, kesemua jenazah akan di-eskort ke Markas FRU di Sungai Senam Ipoh.
03:14Kemudian, kesemua jenazah akan dibawa ke kampung halaman masing-masing untuk urusan pengebumian dan kebanyakannya akan dikebumikan pada pagi ini juga.
03:27Di mana jenazah 9 anggota FRU itu akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing iaitu di Masjid Tuan Abdul Rahman Putra Kulim,
03:37di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang, Tanah Perkuburan Islam Meru Raya Ipoh serta kampung Sungai Itik di Gopeng
03:45di mana kebanyakannya di sekitar Perak kecuali satu jenazah di Kulim, Kedah.
03:51Tiga lagi anggota akan dikebumikan di kampung pantai besar dekat Batu Kurau, Masjid Simpang Taiping dan kampung Parit di Kuala Kurau.
04:00Dan sementara itu, jasad mendiang perumal akan dibawa ke krematorium Buntung, manakala Nurit Pandak jenazahnya akan dibawa ke kampung orang asli Bukit Terang Kampar.
04:14Maka, saya kira inilah perjalanan terakhir yang kami bawakan sejak dari awal sehingga ke ketika ini.
04:22dan mari sama-sama kita menoakan segala urusan perjalanan terakhir ini, perjalanan dengan lancar di peringkat-peringkat akhir ini.
04:31Dan dalam masa yang sama, secara tidak langsung juga, syaf dan penonton, kurang 12 jam daripada sekarang iaitu pada sebelah pagi esok.
04:40Pada pagi Rabu, pemandu lori yang terbabit dalam nahas trak FRU ini akan direman di Mahkamah Tolong Intan esok untuk proses pendawaan.
04:52Saya kira itu dahulu perkembangan buat masa ini yang telah kami laporkan sejak awal petang sehingga ke saat ini.
05:00Perkembangan lanjut bagi urusan pergemumian, terus saja ikuti dari semasa ke semasa dan boleh ikuti di estroawani.com.
05:10Saya kira setakat itu dahulu syaf di Bukit Jalil. Terus saja kepada saudara.
05:14Baik, terima kasih Khalis atas perkembangan tersebut dari awal tadi sebenarnya Khalis sudah berada di Tolong Intan.
05:23Terima kasih Khalis dan pastinya banyak lagi laporan akan terus dibawakan oleh Khalis Kadir di estroawani.com.
05:29dan kita beralih ke laporan berikutnya.

Recommended