Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Jangan panik, padamkan lampu, dan matikan enjin antara langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda terserempak dengan gajah atau hidupan liar lain di tengah-tengah lebuhraya, menurut Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan & Penerbitan), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM), Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar. #AgendaAWANI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seperti ini, seperti gajah dan juga tapir, sebenarnya apa yang perlu kita lakukan?
00:04Ada yang saya tengok, ada kata kena tutup lampu kenderaan, biarkan gajah itu jalan
00:11ataupun kita kena lalu sahaja tapi secara perlahan.
00:14Sebenarnya apa tindakan yang perlu kita buat dalam keadaan dan juga situasi itu sebenarnya Prof?
00:19Apabila kita melihat ataupun mengesan kehadiran hidupan dia gajah dan tapir,
00:25gajah terutamanya yang mungkin lebih besar, elakkan sebarang tindakan provokasi.
00:29Jangan membunyikan horn, jangan kita menaikkan lampu yang tinggi,
00:33jangan kita membuat bunyi yang bising, cuba menarik perhatian,
00:37cuba berada dengan jarak yang dekat untuk merekod video,
00:40untuk tujuan-tujuan kandungan di social media dan sebagainya, elakkan.
00:45Kalau bagi siapa yang sering melalui jalan gerik dan juga jeli, jalan raya timur barat ini,
00:51mereka sudah tahu bahawa mereka tidak boleh memprovokasi hidupan liar ini.
00:57Dan saya lihat depan mata, apabila dua kenderaan yang berbeza,
01:01satu memang kita tahu dari segi nombor pelit, dia biasa lalu,
01:04dia memperlahkan kenderaan, menutup lampu dan terus berhenti sehingga gajah melintas.
01:07Berbeza dengan pengguna kenderaan yang lain yang seolah-olah saya tak pasti teruja
01:13ataupun tertarik ataupun apa, tetapi kesedaran mengenai perkara ini perlu dipertingkatkan.
01:21Apabila berjumpa dengan hidupan liar, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
01:26Ketika tidak, sebaiknya mungkin kita menjauhkan diri dan tidak berbuat apa-apa.
01:30Tetapi jika tidak, kalau kita menarik perhatian,
01:33saya risau apabila gajah tujuan ingin melintas,
01:36akhirnya dia akan menerpa ke arah pemandu ataupun pengguna jalan raya yang lain.
01:40Terima kasih.

Recommended