Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan & Penerbitan), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM), Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar berkata pelaksanaan jadual pergerakan kenderaan di kawasan titik panas kemalangan membabitkan hidupan liar wajar dipertimbangkan. Jelasnya, ini merupakan langkah segera yang boleh dibuat tanpa implikasi kewangan. #AgendaAWANI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saya tahu bila saya sebut perkara ini, ramai yang mungkin tidak bersetuju. Malahan kita lihat bila tular isu-isu baru-baru ini, ada pihak yang mengatakan sepatutnya agensi menguruskan hidupan dia, pindahkan ke tempat yang betul. Soalan saya nak pindahkan mereka ke mana lagi?
00:16Ke mana lagi hutan yang boleh menampung semua spesies yang kita perlu pindahkan? Tidak ada. Mereka sudah mempunyai habitat yang begitu terhad. Jadi isu pengurusan bukan hanya kita tangkap pindah, tangkap pindah. Bukan. Tetapi ia melibatkan sikap pemanduan, ia melibatkan infrastruktur yang lebih baik dari segi yang mesra kepada hidupan liar dan lain-lain.
00:37Dan juga dalam masa yang sama, Prof, bagaimana untuk kita memahamkan rakyat dan juga masyarakat khususnya? Ya, ada yang menyatakan bahawa konflik ini berlaku dan juga mungkin menyebabkan kematian kepada hewan-hewan berkenaan.
00:54Dalam masa yang sama, sikap pemanduan dan sebagainya juga boleh mengancam nyawa manusia khususnya, contohnya kerosakan harta benda dan sebagainya.
01:04Tetapi dalam isu ini, selain daripada untuk kita menempatkan haiwan ini ke habitat yang mungkin lebih sesuai, dalam masa yang sama, apa yang perlu kita hentikan, Prof?
01:15Saya sendiri secara peribadi telah melalui jalan Raya Timur Barat dua minggu yang lalu untuk kajian mengenai rock kill.
01:25Dan saya berulang-alik daripada gerib kejeli lebih kurang dua, tiga kali pada lewat petang sehingga ke jam 4 pagi.
01:32Dan saya lihat yang pertama adalah perkara yang paling awal yang kita boleh lakukan tanpa sebarang kos, tetapi mungkin ada implikasi kos kemudian hari, adalah penjadualan dan pengoptimaman pergerakan kenderaan.
01:46Mobiliti itu perlu dilihat dengan lebih baik, terutamanya di kawasan-kawasan yang sensitif seperti di Jalan Raya Timur Barat yang kita sebutkan tadi dan kawasan-kawasan lain.
01:56Yang mana jika kita sudah tahu ialah titik panas ataupun hotspot bagi kemalangan yang melibatkan hidupan liar dan juga insiden-insiden yang lain, kita perlu lihat keperluan segera untuk kita buat penjadualan kenderaan.
02:10Adakah kenderaan-kenderaan berat itu tidak dibenarkan melalui kawasan-kawasan ini melebihi waktu yang ditetapkan?
02:20Kerana apabila jalan ini lengang di waktu yang malam, pencahayaan yang tidak cukup, kita tidak perlu bayangkan mereka memandu dengan bergi terlalu laju seperti di Lebuh Raya.
02:29Tapi cukup untuk tidak mampu menghentikan kenderaan pada jarak yang tepat untuk mengelakkan pelanggaran. Cukup.
02:37Saya sendiri pernah mengalami kemalangan bersama Lembu di Jalan Taman Negara. Saya memandu 40km sejam di selekoh. Saya tak mampu nak mengelak.
02:4640km sejam. Bayangkan kelajuan yang lebih daripada itu.

Recommended