Kerajaan memperuntukkan tambahan rm50 juta kepada perbadanan pembangunan perdagangan luar malaysia (MATRADE).
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan memperuntukkan tambahan RM50 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Madrid
00:06dalam usaha memperkukuh kehadiran ekspor Malaysia di pasaran sedang pesat membangun.
00:12Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada strategi madani
00:17untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara dan melindungi kepentingan perdagangan Malaysia dalam jangka masa sederhana.
00:25Peruntukan itu diumumkan selepas pengenaan tarif timbal balik oleh Amerika Syarikat ke atas beberapa produk Malaysia.
00:33Menurut Madrid, dana tersebut akan digunakan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif bersasar
00:38seperti ekspor perdagangan, misi ekspor, pemadanan perniagaan dan promosi melalui platform digital seperti Madani Digital Trade.
00:47Pengerusi Madrid, Datuk Seri Rizal Merikan Naina Merikan berkata,
00:52dana tambahan itu akan membantu usaha pemperbagaian pasaran dan memperkukuh keupayaan syarikat ekspor Malaysia.
00:59Tahun lalu ekspor Malaysia ke Asia Selatan dan Timur Tengah,
01:03masing-masing mencatatkan pertumbuhan memperangsangkan sebanyak 11.8% dan 6.3%.
01:10Madrid turut menyeru syarikat berorientasikan ekspor khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana
01:16serta syarikat peringkat pertengahan untuk memanfaatkan ruang yang ditawarkan
01:21bagi mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.
01:25Terima kasih kerana menonton!