Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Rizab beras Indonesia dijangka melepasi paras empat juta tan selepas mencapai rekod baharu sebanyak 3.7 juta tan pada Selasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rizab Beras Indonesia dijangka melepasi paras 4 juta tan selepas mencapai rekod baru sebanyak 3.7 juta tan pada selasa.
00:09Menurut data rasmi kerajaan, setakat 13 Mei, jumlah simpanan ini adalah yang tertinggi sejak agensi logistik negara Bulog ditubuhkan pada 1969 dan menandakan kejayaan besar dalam usaha negara memperkukuh keselamatan makanan.
00:22Memetik Jakarta Globe, Menteri Pertanian Andi Imran Sulaiman menyatakan ia hasil kerjasama erat antara petani, kerajaan pusat dan negeri serta peranan proaktif Bulog dalam membeli hasil tuayan petani di seluruh negara.
00:36Malah hujarnya ini merupakan rezab simpanan tertinggi dalam 57 tahun. Andi turut menegaskan bahawa pencapaian ini lebih bermakna memandangkan isu krisis makanan global dan pertambahan penduduk Indonesia.
00:48Bagi menyokong pengeluaran beras, kerajaan turut meningkatkan subsidi baja, mengagihkan jentera pertanian, percepatkan jadual penanaman dan memperkenalkan alat digital pertanian.
00:58Selain itu, kerajaan turut menaikkan harga lantai bagi padi daripada RM5,500 kepada RM6,500 sekilogram untuk menjamin pendapatan petani.
01:08Sementara itu, bagi pengurus peningkatan stok ini, kerajaan menyediakan gudang kecemasan dan mengenalpasi 25,000 tapak simpanan baru di seluruh negara.
01:16Ini bagi memastikan proses penyimpanan dan pengagihan beras berjalan dengan selamat dan lancar.

Recommended