Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Maria Suleiman berkata perkhidmatan kesihatan pada ketika ini dapat dioptimumkan dengan perjawatan sedia ada.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Di Sabah terdapat 11,741 jawatan jururawat namun hanya 10,210 yang diisi.
00:08Ini bermakna masih ada lagi lebih 1,500 jururawat diperlukan bagi memenuhi keperluan di fasiliti kesihatan di negeri itu.
00:15Justru pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah JKNS Dr. Maria Sulaiman berharap
00:19Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dapat mengambil tindakan segera bagi mengisi kekosongan itu.
00:24Ujarnya, meskipun menghadapi kekurangan kaki tangan, namun perkhidmatan kesihatan pada ketika ini dapat dioptimumkan dengan perjawatan sedia ada.
00:35Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Sabah di Hospital Queen Elizabeth HQE2 di Kota Kinabalu pada Selasa.
00:453 Mac lalu, Timbalan Menteri Kesihatan Dato' Lukanisman Awang Saunir ketika di Dewan Rakyat berkata,
00:52KKM berdepan kesukaran mewujudkan kesimbangan antara jumlah kekosongan perjawatan dan lokasi penempatan yang tidak memenuhi cerita rasa pemohon terutamanya jururawat.
01:03Ia berikutan ramai dalam kalangan bakal jururawat mengisi kekosongan jawatan dengan harapan untuk ditempatkan di lokasi berhampiran dengan kampung atau negeri kelahiran mereka.
01:11Ketika ini, terdapat 3 institut latihan di bawah KKM di Sabah antaranya di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau dengan 300 hingga 400 geraduan jururawat dilahirkan setiap tahun.