Sultan Sharafuddin Idris Shah gesa kerajaan ambil tindakan tegas terhadap pemandu dan syarikat kenderaan berat yang cuai, susulan tragedi kemalangan di Teluk Intan yang ragut sembilan nyawa anggota FRU.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sultan Selangor Sultan Syarafuddin Idris Syah bertitah kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam isu berhubung nahas jalan raya khususnya yang membabitkan kenderaan berat.
00:11Menurusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office Baginda bertitah melihat kepada jumlah kes kemalangan dan tragedi seumpamanya yang kian meningkat.
00:22Justru Baginda mahukan tindakan segera yang lebih tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa bagi menanganinya.
00:28Baginda turut bertitah sekiranya ada pihak yang didapati bersalah dan menjadi punca kepada kemalangan maut atau menyebabkan kecederaan parah,
00:36pemandu serta syarikat terlibat bukan sahaja perlu didenda atau dipenjara malah lesin memandu mereka wajar ditarik balik.
00:43Sultan Syarafuddin bertitah tindakan itu bagi memberi pengajaran kepada pemandu lain agar lebih berhati-hati dan memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi ketika memandu.
00:51Dalam hantaran sama Baginda dan Tengku Pemaisuri Selangor, Tengku Hj. Nur Aisyikin menzahirkan perutusan takziah kepada keluarga dan waris sembilan anggota pasukan simpanan persekutuan FRU
01:01yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Teluk Intan Perak pada selasa lepas.
01:06Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi menyayat hati yang menimpa semua mangsa terlibat.
01:11Dalam kejadian selasa lepas, sembilan anggota FRU maut dan lapan yang lain cedera selepas trak yang dilaiki mereka terlibat dalam kemalangan
01:18dengan sebuah lori membawa muatan batu di simpang tiga jalan Cikus Sungai Lampang, Teluk Intan Perak.
01:24Sultan Syarafuddin seterusnya menggesa syarikat-syarikat pengendali perikmatan lori, bas dan kenderaan berat agar membuat penilaian ketat dalam memilih pemandu dan kelindan.
01:34Baginda turut mengingatkan semua pihak terlibat tidak memandang ringan tak ada perkara-perkara yang boleh membawa kepada kecuaian
01:39seperti kondisi kenderaan dan kelayakan pemandu. Baginda berharap dan berdoa agar tidak akan berlaku lagi tragedi kemalangan sebegini
01:46apatah lagi yang membabitkan kehilangan nyawa insan-insan tidak berdosa, khususnya mereka yang sedang berkhidmat untuk keamanan negara.