Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menafikan dakwaan wujud budaya nepotisme dalam Parti Keadilan Rakyat apabila wujud cadangan agar Nurul Izzah dicalonkan sebagai Timbalan Presiden.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fazil menafikan dakwaan wujud budaya nepotisma dalam PKR apabila wujud cadangan agar Nurul Izzah Anwar dicalonkan sebagai timbalan Presiden.
00:13Fahmi berkata demikian dalam sidang media Mingguan di Putrajaya pada Rabu.
00:17Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR senada dengan beberapa Ketua Cabang Wilayah Persekutuan yang menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah.
00:41Menurut Fahmi PKR meraihkan demokrasi dan percaya kepada hak setiap anggota dalam untuk membuat pilihan semasa pemilihan parti yang berlangsung bulan ini.
00:51Tapi keadilan meraihkan demokrasi dan kita serahkan kepada kebijaksanaan anggota untuk buat pilihan pemimpin-pemimpin yang mereka rasakan cocok dan sesuai dengan harapan, aspirasi dan juga apa yang mereka dambakan untuk penggal 2025-2028.
01:15Jawatan timbalan Presiden sekali lagi menjadi tumpuan pada pemilihan PKR apabila beberapa nama besar dikatakan bakal berentap merebut posisi nombor dua parti itu.
01:26Datuk Seri Rafi Ziramli yang juga Menteri Ekonomi menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan posisi itu.
01:33Manakala Nurul Izzah pula menerima banyak sokongan daripada peringkat cabang untuk mencabar jawatan berkenaan.
01:39Datuk Seri Saifuddin Nasir Tuan Ismail yang tewas pada pemilihan parti sebelum ini pula dikatakan sekali lagi mengintai jawatan itu.
01:46Terima kasih telah menonton!